Wednesday, 6 May 2015

WEDDING PHOTOBOOTH PROPS
Wedding photobooth props kami buat sendiri je. Download kat internet. Ada yang free, ada yang kena bayar. Yang dalam gambar kat bawah ni, semuanya free.








HIASAN KERETA PENGANTIN
 Gambar yang kat atas ni, kereta viva adalah kereta pengapit pengantin ala-ala anak pengantin. Comel kan?

Kereta yang hitam ni adalah kereta untuk pengantin. Kedua-dua topi ni kami buat guna kotak. Yang bow tu buat dari kertas jagung.
GUBAHAN HANTARAN TEMA WATERMELON PINK & WATERMELON GREEN

Gubahan ni saya buat sempena majlis perkhawinan adik saya Isyam dan pasangannya Raysha yang telah selamat diijabkabulkan pada 1 Mei 2015. Tema warna ni sebenarnya agak susah jg nak cari, tapi alhamdulillah berjaya juga. Gubahan kali ni saya buat simple je, permintaan pengantin.
Ini adalah gubahan bekas cincin. Yang kat belakang tu adalah duit mas kahwin yang saya gubah menjadi jambangan bunga. Lepas akad nikah nanti, jambangan mas kahwin tu boleh serahkan dengan pengantin perempuan dan jadikan bunga tangan, macam dalam gambar kat bawah ni.

Gubahan Telekung.

 Gubahan Sejadah.

Gubahan Beg tangan.

 Gubahan Jam tangan.




Tuesday, 23 December 2014

Hantaran tunang Isyam 21 Disember 2014

Dah lama tak update blog ni. Minta maaf la semua, saya dah lama tak membuat gubahan dan hari ni baru saya ada kesempatan nak kongsi gubahan hantaran tunang yang saya gubah untuk majlis pertunangan adik lelaki saya baru-baru ini. Disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan kerja, gubahan kali ini saya buat simple sahaja dan masa yang diperlukan untuk menyiapkan semua gubahan ini hanya sehari sahaja. Tema warna kali ini adalah 'peach' dan 'cream'..adik saya yang pilih warna ni. Dah calon pengantin yang request, so saya ikut sajalah.

Gubahan cincin tunang..unik kan.
Cincin tunang tu gantung kat mulut swan tu..

Ini pula gubahan hantaran untuk buah-buahan..Ringkas je..
Buah strawberi tu, naikkan lagi seri gubahan ni. Nasib baik sempat beli kat Kudasang masa OTW balik Lahad Datu.

 Ini adalah gubahan kain pasang dan tudung..dalam gubahan ni tudung tu tak nampak. pandangan sisi dan belakang baru boleh nampak..kain ni takde pilihan warna, so ambik warna kuning je la.

 Gubahan sireh junjung ni adalah yang paling last di buat..takde planning pun sebelum ni..
Nasib baik daun sireh dan pinang ada tanam kat tepi rumah..sebab tu takde bunga, sebab bunga dah habis..yang nampak macam bunga kat dalam gambar tu sebenarnya adalah kapur sireh yang saya bungkus dalam plastik berwarna..hehehe..nasib baik kreatif


Haa..yang last sekali ni adalah gubahan coklat..konon nak buat ala-ala harta karun..ferero roche tu kononya ketulan emas..nasib baik dapat jumpa coklat duit syiling emas..box harta karun tu, saya recycle je dan touch up sedikit dengan serbuk-serbuk emas.

Monday, 17 December 2012

Gubahan Hantaran Tunang
Sebenarnya hantaran ni saya buat sempena majlis pertunangan Zam & Arman pada 25 Ogos 2012. Hari ni tiba-tiba pula rasa nak share kat blog untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang tengah pening-pening nak cari idea gubahan hantaran. Sekian, jumpa di entry lain. SELAMAT MENCUBA

 Gubahan Al-Quran dan kain samping..Kain samping tu saya di lipat-lipat saja macam nak buat kipas, dan ikatkan ditengah.

 Gubahan dompet, tali pinggang dan butang baju melayu..Buat simple saja.

 Yang ni barang-barang bedak dan lain-lain barang la..letakkan saja dalam bakul.

 Guabahan buah-buahan..bakul gubahan buah-buahan ni, saya buat dari tebu..
nampak lebih cantik dan bakul pun boleh di makan sekali. Kalau rajin boleh buat tangkai bakul ni, dari kulit tebu atau gunakan kacang panjang yang ditocang.

 Gubahan sejadah..kalau nak buat gubahan ni kena pilih sejadah yang ada corak masjid mcm dlm gambar ni..kalau tidak, susah nak dapat rupa masjid masjid dan rangka masjid ni, saya hanya buat dari kotak kasut.

 Gubahan sireh junjung ni ringkas saja.

 Gubahan songkok ringkas saja..hanya pasangkan riben dan hiaskan dgn bunga.

Gubahan kasut..hanya susun dan tambahkan bunga.

Gubahan ini sebenarnya adalah kain baju melayu yang digubah menjadi bunga..kelopak bunga tu saya buat dari kertas keras dan bungkuskan dengan kain..selepas itu ikat..saya tak guna dawai untuk buat kelopak bunga sebab takut nanti dawai rosakkan kain satin ni..tapi sekiranya ada dawai yang berlilit kertas, boleh gunakan juga.